Pengumuman
Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan bersetuju melanjutkan waktu perkhidmatan Perpustakaan setiap hari Selasa dan Khamis.Atas permintaan pelajar waktu perkhidmatan dilanjutkan dari pukul 9.00 malam ke pukul 11.30 malam pada hari-hari tersebut diatas
Pihak perpustakaan berharap pengguna mendapat manafaat dan menggunakan perkhidmatan ini sebaiknya.
Pihak kami juga mengharapkan sambutan dari pengguna semua. Sebarang pertanyaan atau komen boleh di e-mail kepada gmi.library@gmail.com atau tinggalkan pesanan di facebook kami.
Terima Kasih
admin 20-May -2011
Friday, May 20, 2011
Friday, April 8, 2011
Renungan
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, March 16, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)